7 Tips Pantas Temuduga Kerja Kerajaan

by admin

1. Dokumen

Bawa sijil akademik, surat panggilan dan borang berkaitan seperti diarahkan di dalam surat panggilan temuduga. Borang wajib disi dengan lengkap dan jelas serta mudah dibaca.

2. Standard Pakaian

Lelaki: Pakai kemeja, seluar slack, kasut hitam kilat dan tali leher.
Perempuan: Baju kurung

3. Ketepatan Masa

Hadir temuduga seawal mungkin 15 minit sebelum masa sebenar temuduga.

4. Tahu Lokasi

Jika mampu kenali dahulu lokasi temuduga beberapa hari sebelum hari temuduga berlangsung.

5. Kemahiran Komunikasi

Bertutur seperti bercakap dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman.
Berikan jawapan yang benar dan menyakinkan kepada soalan yang bakal ditanya.

6. Tahu Kemungkinan Soalan

Pertama: Kenalkan diri- nama, umur, tempat tinggal, nama ibubapa, pekerjaan ibubapa, bilangan adik-beradik dan jenis pengajian yang diambil.

Kedua: Maklumat jawatan- senarai tugas, gred, dan pengalaman kerja yang boleh dikaitkan.

Ketiga: Isu Semasa- Tahu dan faham sesuatu isu yang sedang berlaku

Keempat: Pengetahuan Am- Contohnya nama perdana menteri, sejarah malaysia, sultan-sultan

7. Akhir Temuduga

Bangun daripada kerusi dengan perlahan-lahan dan ambil semula semua dokumen yang diberi oleh penemuduga.
Ucap terima kasih dan bersalam.
Undur ke belakang beberapa langkah dan baru berpusing ke pintu keluar dengan sopan.

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *